Sistem Suria

Tuesday 29 November 2011

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta



No
Objektif Umum
Objektif Khusus
Cadangan Pengalaman Pembelajaran
 1 1.Mengetahui bentuk, saiz, dan tarikan graviti Bumi. 1.1 Menyatakan Bumi berbentuk sfera.
1.2 Memperihalkan saiz Bumi dari segi ukur keliling.
1.1.1 Menyiasat bentuk Bumi dengan melihat glob atau bola menerusi saluran kertas atau kadbod dari jarak dekat (lebihkurang 30 cm) dan dari jarak jauh lebih kurang 15 m.)
1.1.2 Memerhati fotograf Bumi yang diambil daripada angkasa lepas atau bulan dan berbincang tentang bentuk Bumi.
1.2.1 Menggambarkan saiz Bumi dengan membandingkan ukur keliling Bumi kepada sesuatu objek, contoh: Sekirsanya semua kereta proton di Malaysia diatur dalam satu barisan de sekeliling Bumi, hanya sebahagian kecil Bumi yang dapat diliputi.
 2 1.Mengetahui bentuk, saiz, dan tarikan graviti Bumi.
2.Mengetahui tentang permukaan Bumi.
1.3 Menyatakan kewujudan tarikan graviti Bumi.
2.1 Memperihalkan permukaan Bumi terdiri daripada daratan, lautan, dan atmosfera.
1.3.1 Memerhati objek-objek yang dijatuhkan ke lantai dan membuat inferens tentang kewujudan tarikan graviti Bumi.
2.1.1 Memerhati dan mengenalpasti bahagian daratan dan lautan di permukaan Bumi dengan menggunakan glob fizikal, dan atmosfera dengan menggunakan video, slaid, atau carta.
 3 3.Mengetahui tentang bentuk dan saiz Matahari. 3.1 Menyatakan Matahari berbentuk sfera.
3.2 Memperihalkan saiz Matahari secara perbandingan dengan saiz Bumi.
3.1.1 Memerhati bentuk Matahari pada waktu senja atau bayangan Matahari dalam sebesen air pada waktu lain. (Amaran: dilarang melihat terus Matahari dengan mata kasar).
3.2.1 Membuat perbandingan saiz Matahari dan Bumi, contoh: Masukkan biji sagu mewakili Bumi ke dalam tempurung kelapa yang mewakili Matahari.
 4 4.Mengetahui bahawa Matahari memancarkan cahaya dan haba.
5.Mengetahui bentuk, saiz dan permukaan Bulan.
4.1 Memperihalkan bahawa Matahari memancarkan cahaya dan haba.
5.1 Menyatakan Bulan berbentuk sfera.
4.1.1 Menyiasat samada Matahari memancarkan cahaya dan haba.
4.1.2 Menggambarkan kisah keadaan sekeliling jika tiada cahaya Matahari, secara melukis, mengarang atau berlakon.

 5 5.Mengetahui bentuk, saiz dan permukaan Bulan. 5.2 Memperihalkan saiz Bulan berbanding saiz Bumi.
5.3 Memperihalkan keadaan di permukaan Bulan.
5.2.1 Menjalankan simulasi untuk membandingkan saiz Bulan dan Bumi dengan menggunakan bola sepak mewakili Bumi dan bola ping pong mewakili Bulan.
5.3.1 Memerhati keadaan Bulan purnama dengan menggunakan carta, gambar, slaid, atau video.
5.3.2 Menjalankan simulasi melancong ke Bulan untuk menjelaskan keadaan di Bulan seperti kawah, gunung, tanah, dan batuan.
 6 6.Mengetahui jarak Bulan dari Bumi. 6.1 Menyatakan jarak Bulan dari Bumi dengan cara perbandingan. 6.1.1 Menggambarkan jarak Bulan dari Bumi dengan membuat perbandingan, contoh: a)Sekiranya sebuah kereta boleh sampai ke Bulan, ia mengambil masa lebih kurang 160 hari. b)Sebuah roket Apollo mengambil masa 4 hari untuk sampai ke Bulan.

No comments:

Post a Comment